Maher Zain - Insyaallah... |
Super Student
“ Melahirkan Pelajar Yang Berwawasan Dan Berilmu Tinggi”
Selamat Datang Ke SUPER STUDENT
" Pembelajar sejati tidak pernah luntur semangatnya untuk belajar. Tidak pernah merasa bosan. Merasa belajar itu adalah hidup"
Pelajari bagaimana rahsia menjadi pembelajar sejati!
Pelajari bagaimana rahsia menjadi pembelajar sejati!
Sabtu, 26 Mac 2011
Belajar Adalah PILIHAN KEHIDUPAN
Setiap kita di dunia ini pasti berhadapan dengan pilihan. Biar pun masih kecil bahkan ketika masih bayi kita semua dihadapkan dengan berbagai pilihan. Dan sememangnya kita harus memilih. Jodoh, pertemuan bahkan kejayaan juga merupakan hidangan pilihan. Anda berhak memilih mengikut apa yang anda mahu. Bahkan hidup dan mati jugak merupakan suatu pilihan dengan izin Allah SWT. Firman Allah SWT:
“7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(al-syams 91:7-10)
Surah ini mengajarkan kepada kita untuk membuat pilihan yang bijak bagi menentukan hala tuju hidup kita. Tidak terkecuali dengan belajar. Belajar adalah dibaratkan jantung yang berdegup untuk mengepam darah keseluruh tubuh. Begitu juga dengan paru-paru yang menghirup oksigen kedalam tubuh. Kita boleh memilih untuk tidak bernafas dan menghentikan jantung,tapi akibatnya hidup kita akan berakhir. Seperti itu jugalah belajar. Ketika kita memilih untuk tidak belajar atau berhenti belajar,maka kita sebenarnya telah mengakhirkan hidup kita.
Mengapa belajar adalah pilihan? Kerana belajar adalah sebuah kehidupan dan memilih itu sendiri adalah proses belajar. Benarkah belajar adalah sebuah kehidupan? Sekiranya anda ingin menjadi pembelajar sejati maka jawapannya harus YA! Tetapi sekiranya sebaliknya, maka jawapannya mesti TIDAK. Anda masih tidak percaya belajar adalah hidup dan hidup adalah belajar? Atau anda bingung yang mana benar? Baiklah, saya akan jelaskan kepada anda apakah erti belajar.
Istilah belajar bermaksud:
“Berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang;
“mulai mengetahui;”
Kamus Dewan Edisi Empat
Boleh diringkaskan di sini bahwa belajar adalah suatu proses untuk mendapatkan pengetahuan dan mulai mengetahui. Pertanyaan saya adalah adakah untuk memperoleh ilmu hanya di bilik darjah atau di ruang kuliah? Tentu tidak! Bukan hanya anak-anak muda yang mempunyai kesalahfahaman terhadap perkara ini bahkan orang dewasa pun sama saja. Banyak yang menganggap bahawa belajar adalah terbatas dan telah selesai apabila tamat tempoh pengajian. Tanggapan seperti ini adalah salah kerana belajar merupakan satu proses yang hidup yang tidak pernah berhenti. Orang yang berhenti belajar bererti dia telah menghentikan nafasnya seperti As-Syaikh Ibn Jibrin dalam Fatawanya mengatakan bahawa :
” اُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ”
Yang bermaksud : Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad.
Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah lama melalui proses belajar. Semenjak kita dilahirkan bahkan ketika didalam rahim kita telah mulai belajar. Ketika di dalam rahim organ-organ kita belajar untuk berfungsi. Jantung kita belajar untuk berdegup. Usus kita belajar untuk mencernakan makanan dan beberapa organ lain belajar untuk berfungsi. Sekiranya organ-organ ini tidak belajar, apa yang akan terjadi kepada anda? Sudah tentu anda tidak akan berada di dunia ini sekarang. Nah, pada saat kita dilahirkan paru-paru juga mula belajar untuk bernafas buat kali pertamanya begitu juga mulut dan organ-organ lain turut belajar beradaptasi di dunia. Pendek kata, kita perlu belajar untuk hidup dan sekiranya kita tidak belajar maka kita telah mengakhiri hidup kita.
Jadi, sebelum anda melangkah ke bab seterusnya yang perlu anda lakukan hanyalah menentukan pilihan anda sekarang. Sama ada untuk terus hidup atau sebaliknya. Sekiranya anda memilih untuk hidup, bererti anda perlu memilih belajar. Kerana, belajar dan hidup tidak dapat dipisahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan pembelajar sejati…
Rabu, 23 Mac 2011
SEKAPUR SIREH
Segala puji dan pujian saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan kasih sayang yang Dia berikan kepada semua hamba-hambaNya menjadikan manusia yang wujud di dunia ini sebagai khalifah di muka bumi dan Dia memberikan ilmuNya kepada hamba-hambanya yang terpilih. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa kegelapan kepada terang-berderang dengan wahyu dan hidayah Allah.
Sebagai hamba yang beriman maka wajiblah bagi kita untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita yang tak terhingga banyaknya ini. Sehingga kita tidak mampu untuk menghitung nikmat-nikmat tersebut. Maha CintaNya Allah kepada hamba-hambanya. Tak terkecuali saya yang dhaif ini, pada hari ini, telah diberikan nikmat oleh Allah untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar jurusan perubatan. Namun itu hanya di atas kertas semata-mata kerana hakikatnya, pembelajar sejati adalah orang yang tidak berhenti belajar sepanjang hidupnya. Maka, kerana itu Nabi SAW bersabda:
“ tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”
Sempena hari yang bersejarah bagi hidup saya ini,saya ingin memperkenalkan kepada pembaca sekalian tentang blog ini. Blog ini sengaja saya beri nama Super Student kerana melihat kepada perkataan “Super” orang pasti akan teringat akan karakter SUPERMAN, POWER RANGERS, ULTRAMAN dan sebagainya. Mengapa? Kerana dari kecil kita telah dipahamkan oleh media-media seperti televisyen dan komik-komik misalnya, bahawa super itu melambangkan karakter yang :
1. Paling berkuasa
2. Paling pandai
3. Paling hero
4. Paling cepat
5. Paling berani
6. Paling kuat
7. Paling tampan
8. Paling ceria
9. Paling disayangi
10. Paling digeruni
Intinya adalah apabila kita mendengar perkataan super kita sudah membayang karakter orang yang mempunyai kemampuan luar biasa. Persoalannya, pernahkah anda terfikir untuk menjadi orang yang SUPER? Adakah SUPER hanya untuk orang-orang yang terpilih seperti di televisyen? Dan sekarang cuba anda perkataan SUPER dengan STUDENT. Bererti, adalah pelajar yang seperti kesemua yang telah saya sebutkan di atas atau bahkan lebih banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan.
Mengapa tidak? Menjadi pelajar SUPER bukanlah perkara yang mustahil. Banyak contoh yang dapat anda lihat di televiyen maupun di akhbar-akhbar orang-orang yang telah berjaya mengangkat nama mereka dan keluarga mereka di alam pendidikan. Bilakan tiba giliran anda? Disinilah saya membulatkan tekad untuk menghasilkan blog ini. Mudah-mudahan akan memberi manfaat bagi semua pembaca dan penggemar blog. Wassalam…
Langgan:
Catatan (Atom)


